Remaja lelaki ditahan rogol pelajar 14 tahun - Utusan Malaysia

Remaja lelaki ditahan rogol pelajar 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG – Seorang remaja lelaki ditahan selepas dipercayai merogol gadis bawah umur di kawasan letak kenderaan Taman Malakun di sini pada 19 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu kepada mangsa berusia 14 tahun menemui rakaman video seks dalam telefon bimbit gadis terbabit semalam.

Mohd. Haris berkata, suspek berusia 17 tahun yang dipercayai kenalan mangsa telah ditahan di sekitar daerah ini semalam.

“Ibunya telah memeriksa telefon bimbit mangsa kira-kira pukul 6 petang semalam dan terkejut apabila menemui video seks yang mana gadis dalam rakaman tersebut merupakan anaknya sendiri.

“Wanita itu, bertanyakan kepada mangsa tetapi dia hanya mendiamkan diri. Kemudian ibunya, bertindak menghubungi suspek yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai dan lelaki itu mengaku mereka ialah pasangan dalam video itu,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini