HLB perkenal SMElite untuk PKS - Utusan Malaysia

HLB perkenal SMElite untuk PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Hong Leong Bank (HLB) melancarkan SMElite iaitu sebuah program komprehensif bagi memenuhi keperluan pembiayaan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, antara penyelesaian yang ditawarkan seperti pengurusan tunai, pengiklanan dan promosi, pembiayaan hartanah serta skim modal kerja.

Menurut beliau, SMElite menyediakan pinjaman kepada PKS yang layak sehingga RM5 juta bagi pembiayaan hartanah dan digabungkan dengan keperluan modal kerja sehingga 150 peratus daripada margin pembiayaan.

“HLB komited untuk membantu para PKS di mana dunia perniagaan masa kini semakin pantas berkembang. Penyelesaian secara menyeluruh bakal membuka peluang kepada mereka untuk melangkah lebih jauh sekali gus meningkatkan keupayaan untuk bersaing dengan syarikat yang lebih besar.

“Sebagai tambahan, HLB melalui platform HL ConnectFirst Lite bekerjasama dengan Biztory, Kakitangan, SimpleTax dan Digital Advert bagi memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh PKS daripada aspek pengiklanan, cukai, e-perakaunan dan sumber manusia,” katanya dalam majlis pelancaran SMElite di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini