BINTANGOR 27 Jun – Seorang warga emas maut setelah motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux di Jalan Skim B, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Baki Agok, 72, maut ditempat kejadian manakala pembonceng, Menun Amirir, 67, mengalami patah kaki kanan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan tersebut dipercayai berpunca apabila mangsa yang hendak memotong sebuah motosikal dihadapannya tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.
“Dia yang tidak sempat mengelak kemudiannya melanggar Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan,” katanya.
Tambahnya, pemandu Toyota Hilux yang merupakan guru tidak mengalami kecederaan dan ditahan bagi pemeriksaan alkohol dan urin
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE











