6 keluarga miskin terima sumbangan IJM Land - Utusan Malaysia

6 keluarga miskin terima sumbangan IJM Land

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 26 Jun – Sebanyak enam keluarga miskin menerima sumbangan daripada syarikat hartanah, IJM Land Berhad sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bantuan dalam bentuk barang keperluan seperti minyak masak, beras, gula dan tepung itu bertujuan meringankan beban keluarga berkenaan membuat persi­apan menyambut perayaan.

Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad (Wilayah Tengah), Datuk Hoo Kim See berkata, inisiatif tersebut memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik untuk meraikan perayaan selain tanda keprihatinan syarikat tersebut.

“Menjadi hasrat kami untuk sentiasa membantu masyarakat dan kami percaya tidak ada yang patut dipinggirkan semasa musim perayaan dan bantuan ini diharap dapat memberi kegembiraan kepada mereka,” katanya selepas me­nyampaikan bantuan itu dalam Program Mesra Ramadan di sini.

Yang turut hadir Pengerusi Ja­watankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Ni­cole Tan Lee Koon.

Selain barang keperluan, enam keluarga tersebut turut menerima sumbangan duit raya.

Salah seorang penerima bantuan ialah ibu tunggal lima anak, Lailawati Omar yang diserang angin ahmar menerima peralatan bagi membantunya menjalankan aktiviti harian.

Menurut Kim See, usaha yang dilakukan itu adalah seiring de­ngan komitmen meningkatkan kualiti hidup masyarakat sekitar kawasan yang dibangunkan syarikat tersebut.

“Kami berharap dengan bantuan ini dapat menolong mereka memulakan kehidupan baharu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini