Felda United sedia titik JDT II - Utusan Malaysia

Felda United sedia titik JDT II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pasukan Felda United enggan terjerat dengan aksi Johor Darul Takzim II (JDT II) yang akan berkunjung ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka menjelang perlawanan Liga Premier malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengendali Felda United, B. Sathianathan berkata, anak-anak buahnya perlu berhati-hati dengan ancaman JDT II biarpun bermain di laman sendiri.

“Kita pernah menewaskan JDT II dengan jaringan 4-1 pada perlawanan pusingan pertama, 26 Februari lalu, namun rekod ini sudah bukan lagi ukuran bagi kami.

“JDT II sudah mempamerkan kebangkitan pada aksi pusingan kedua, malah mereka menang tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini dan peningkatan itu menyebabkan kami perlu lebih berhati-hati,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Sathianathan, semua pemain perlu fokus de­ngan misi untuk mendapatkan tiga mata sekiranya ingin muncul juara liga dengan lebih awal.

“Kita tidak mahu dibuai mimpi sehingga tersungkur di laman sendiri buat kali kedua dalam saingan liga ke­rana kemenangan malam esok (malam ini) sangat penting bagi kami untuk terus menja­rakkan mata meninggalkan Felcra FC,” ujarnya.

Sathianathan memberitahu, semua pemain utama berada dalam prestasi terbaik ke­cuali Mohd. Hadin Azman yang mengalami sedikit kecederaan.

“Kita berehat panjang kali ini kerana perlawanan dengan Kuantan FA pada 18 Jun lalu dibatalkan selepas pasukan itu menarik diri dan saya harap semua pemain dapat mempamerkan aksi yang mantap untuk menyingkirkan JDT II,” jelasnya.

Felda United kini gah di persada liga dengan 36 mata meninggalkan Felcra FC dan PDRM FC yang berkongsi 25 mata di tempat kedua dan ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini