Renard bangga prestasi Maghribi - Utusan Malaysia

Renard bangga prestasi Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALININGRAD – Jurulatih Maghribi, Herve Renard berharap skuad kendaliannya kekal bersemangat dan berbangga dengan pencapaian mereka di pentas Piala Dunia 2018 sehingga berjaya mengikat gergasi bola sepak Sepanyol 2-2 pada aksi ketiga Kumpulan B awal pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Renard, pengalaman mereka pada perlawanan bola sepak terbesar di dunia itu akan dijadikan sebagai medium untuk membangunkan lagi prestasi mereka di pentas antarabangsa.

“Piala Dunia ini adalah tempat terbaik untuk kami mencari pengalaman berharga. Maghribi datang ke sini untuk belajar dan kami telah mempelajari banyak perkara dalam tiga aksi pada pe­ringkat kumpulan.

“Kami mungkin akan bertambah gembira jika layak ke pusingan 16 pasukan terbaik tetapi ia tidak bermakna para pemain harus bersedih dengan pengakhiran kami pada Piala Dunia ke­rana mereka telah menjalankan tanggungjawab dengan begitu baik. Mereka patut bangga kerana dapat melakukan pelbagai kejutan.

“Pada masa akan datang, kami akan kembali lebih kuat dan berharap agar mencipta sejarah di pentas Piala Dunia empat tahun akan datang,” ujarnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Kaliningrad itu, Maghribi yang turun sebagai pasukan underdog telah menyebabkan Sepanyol bermandi peluh seawal minit ke-14 apabila penyerang, Khalid Boutaib meledakkan gol pembukaan.

Pemain tengah Sepanyol, Isco berjaya menyamakan kedudukan selang lima minit kemudian. Ia bagaimanapun gagal melumpuhkan semangat Maghribi untuk terus memburu gol sehingga mereka kembali di hadapan menerusi tandukan dari penyerang, Youssef En-Nesyri pada minit ke-81.

Sepanyol bernasib baik kerana dapat me­nyamakan kedudukan hasil jaringan lewat perlawanan daripada pemain gantian, Iago Aspas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini