Lima mati gara-gara wanita cuba racun makanan suami, keluarga mertua - Utusan Malaysia

Lima mati gara-gara wanita cuba racun makanan suami, keluarga mertua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAHARASHTRA, India – Seorang wanita berhadapan dengan hukuman mati selepas lima orang terbunuh gara-gara dia meracuni makanan di sebuah majlis keramaian kerana tidak tahan dengan sikap keluarga mertua.

Pradnya Survase, 23, ditahan polis selepas didapati meracuni makanan dengan mencampurkan racun serangga ke dalam hidangan kuah dal.

Hidangan itu disediakan kepada para tetamu sempena keluarga mertua Survase memasuki rumah baharu di perkampungan Mahad, daerah Raigad dekat sini pada 18 Jun lalu.

Susulan itu, lima tetamu termasuk empat kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 13 tahun meninggal dunia tidak lama selepas mereka menikmati hidangan berkenaan.

Menurut akhbar The Hindustan Times, Survase memang berniat untuk membunuh suaminya, ibu mertua, dua ipar serta kakak ibu mertuanya gara-gara mereka sering menghina masakannya selain mengejek dia yang berkulit gelap.

Survase kini berhadapan dengan hukuman mati atas pertuduhan melakukan pembunuhan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN