KDN tahu Jamal masih berada di Indonesia  - Utusan Malaysia

KDN tahu Jamal masih berada di Indonesia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahu Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos kini masih berada di Indonesia setelah menghilangkan diri sejak 25 Mei lepas.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk tindakan susulan untuk menangkap dan membawa Jamal balik ke Malaysia. 

“Saya diberitahu dia masih ada di Indonesia, tempat-tempat tertentu pun kita tahu, kerjasama dengan pihak polis Indonesia itu lebih baik dan mereka sudah beri bayangan untuk tindakan-tindakan susulan untuk menangkap Jamal sebab arahan kita adalah untuk menangkapnya serta membawa balik ke Malaysia,” katanya di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Bukit Aman hari ini. 

Jamal, 48, dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira pukul 5.30 petang. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini