Pengasas SEEDS meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pengasas SEEDS meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 26 Jun – Ketua Pemikir Sabah terkemuka, Datuk Badil Zaman Fazul Rahman meninggal dunia di Kuala Lumpur pada Ahad lalu akibat serangan strok pada usia 61 tahun.

Jenazah beliau bagaimanapun diterbangkan ke Kota Kinabalu untuk dikebumikan di kampung halamannya di Membakut, Beaufort pada malam Ahad lepas.

Beliau yang merupakan kontraktor serta ahli perniagaan import dan eksport yang berjaya meninggalkan isterinya, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Badil Zaman yang cukup aktif dalam mempromosi pembangunan ekonomi dan sosial menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pemerkasaan dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEEDS) yang terdiri daripada ahli akademik dan profesional terkenal.

Rakan SEEDS, Rahezzal Shah yang dipetik sebagai berkata, pemergian Badil Zaman disifatkan sebagai kehilangan besar kerana beliau merupakan seorang tokoh bapa.

“Beliau merupakan mentor dan rakan kami yang sentiasa bersifat rendah diri, cerdas, ikhlas dna berintelektual.

“Banyak pembaharuan yang dilakukan dibawah kepimpinan beliau,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN