KUANTAN 25 Jun – Seramai enam daripada 22 calon ketua UMNO bahagian di negeri ini menang tanpa bertanding pada pemilihan parti bagi penggal 2018 -2021.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Rahim Abbas berkata, lima daripada mereka mempertahankan jawatan masing-masing manakala seorang merupakan muka baharu iaitu Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah.
“Lima penyandang lain menang tanpa bertanding ialah Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Cameron Highlands) yang merupakan Menteri Besar; Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera); Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan).
Berita berkaitan:
“Lapan bahagian lain menyaksikan pertandingan satu lawan satu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











