Rusia mahu teruskan aksi magis - Utusan Malaysia

Rusia mahu teruskan aksi magis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMARA – Tuan rumah Piala Dunia 2018, Rusia tidak akan membenarkan Uruguay mendominasi perlawanan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi penentuan juara Kumpulan A di Arena Samara malam ini.

Rusia menjadi pasukan pertama memastikan tempat ke pusingan kalah mati selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Mesir serta membelasah Arab Saudi 5-0 pada aksi pembuka tirai lalu.

Aksi bertenaga yang ditampilkan Rusia pada dua perlawanan terdahulu nyata mengejutkan ramai pihak memandangkan mereka turun selaku pasukan yang memiliki ranking paling rendah selain sering dicemuh penyokong sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain tengah Rusia, Aleksei Miranchuk mengakui Uruguay merupakan pasukan berbahaya serta berpengalaman, namun mereka tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan wakil Amerika Selatan itu bermaharajalela pada aksi penentuan tersebut.

“Uruguay merupakan sebuah pasukan berbahaya kerana memiliki barisan serangan terbaik di dunia. Bagaimanapun, kami tidak akan mudah menyerah kalah dan membenarkan mereka menguasai perlawanan di hadapan penyokong Rusia.

“Saya tidak tahu apa yang lebih sukar, sama ada beraksi di atas padang ataupun duduk di bangku simpanan. Saya sentiasa bersedia untuk diturun­kan dan sekarang saya hanya menunggu peluang tersebut,” kata Miranchuk.

Sementara itu, Uruguay dilihat masih gagal mencapai standard sebenar apabila sekadar menang tipis 1-0 ke atas Mesir dan Arab Saudi biarpun dibarisi pemain-pemain terbaik dunia seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×