Tunggu lampu hijau dari Indonesia - TPM - Utusan Malaysia

Tunggu lampu hijau dari Indonesia – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Malaysia masih menunggu lampu hijau daripada kerajaan Indonesia berhubung penyaluran bantuan kepada mangsa gempa bumi di Lombok, Indonesia.

Tunggu lampu hijau dari Indonesia - TPM
Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kebenaran daripada kerajaan Indonesia itu penting bagi membolehkan segala bantuan dari kerajaan dan rakyat negara ini dapat disalurkan ke lokasi kejadian.

“Belum lagi, kita memang tawarkan bantuan tapi kita memerlukan kebenaran mereka terlebih dahulu sebab jika tiada koordinasi daripada dua pihak hanya akan merugikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengucapkan takziah dan menawarkan bantuan kepada Indonesia, itu antara cara-cara untuk kita hendak menolong,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyampaikan sumbangan Skim Keilatan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada ibu dan suami mangsa, Siti Nur Ismawida Ismail, 30, yang terkorban dalam bencana alam itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×