Dr. Mahathir ‘pandu’ kereta api laju Shinkansen di Jepun - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir ‘pandu’ kereta api laju Shinkansen di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Jepun, mengambil peluang merasai sendiri pengalaman mengendali simulator kereta api laju Shinkansen, di The Kyushu Railway Company (JR Kyushu).

“Di kemudahan latihan JR Kyushu semalam, saya mencuba sendiri simulator pemandu Shinkansen (kereta api laju).

“Ia sangat jitu dan mampu mensimulasi mengikut cuaca (hujan, salji) dan siang serta malam,” catat Dr Mahathir menerusi akaun Twitter beliau, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Video yang dihantar bersama catatan itu menunjukkan Dr Mahathir berada di tempat duduk pemandu sambil mendengar taklimat daripada seorang pekerja terlibat.

Perdana Menteri kini berada di Jepun untuk lawatan kerja empat hari ke Fukuoka dan Oita sejak Isnin.

Beliau turut menyampaikan ucap tama di Japan Future Leaders School di Fukuoka pada Selasa. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini