Standard Chartered anjur EPL@Utusan Ahad ini - Utusan Malaysia

Standard Chartered anjur EPL@Utusan Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Standard Chartered Bank, penaja global kelab Liverpool kembali menjalin kerjasama dengan Kumpulan Utusan untuk mengadakan acara EPL@Utusan perlawanan pertama Liverpool FC musim ini menentang West Ham United pada 12 Ogos ini.

Ketua Kemampanan dan Hal Ehwal Korporat Standard Chartered, Mastura Adnan berkata, acara kali ini menjadi lebih menarik dengan kerjasama kelab penyokong rasmi Liverpool, All Reds Malaysia (ARM).

Menurut beliau, tarikan bagi acara EPL@Utusan yang merupakan kali ketiga dianjurkan, bakal menyediakan hadiah cabutan bertuah berupa jersi Liverpool musim 2018-19 dan barangan cenderamata LFC.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sepak mula perlawanan ialah pada pukul 8.30 malam dan acara cabutan bertuah akan diadakan selepas itu, selain beberapa aktiviti menyeronokkan disedia di lobi Dewan Utusan, Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur.

“Penyertaan adalah terbuka kepada ahli ARM dan undangan Standard Chartered Bank iaitu pelanggan bank yang menyokong LFC.

“Ini adalah satu daripada program unik Standard Chartered Bank sebagai penaja global kelab terkemuka ini di Malaysia demi mendekati penyokong tempatan di mana kami beroperasi,” katanya selepas mesyuarat penganjuran bersama ARM dan Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden ARM, Muzili Aznor Musa; bendahari, Noor Azizah Mohd. Kassim dan Ahli Jawatankuasanya, Hasmuni Munir serta pegawai SCB, Sashikumar Thanasegaran dan Pengarang Berita Ekonomi, Johardy Ibrahim.

Mastura berkata, pihaknya menjangka kehadiran antara 300 hingga 400 orang peminat untuk acara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×