ALOR SETAR – Sindiket penipuan Macau Scam dikesan menggunakan helah baharu untuk memerangkap mangsanya iaitu dengan menghantar surat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mendakwa kononnya mangsa terlibat dalam kes dadah dan menggelapkan wang sehingga RM2.3 juta.
![]() |
|
TECK PAING
|
Mereka kemudian akan menghubungi mangsa dan mengarahkannya memindahkan semua wang ke dalam satu akaun milik individu lain sebelum mendakwa kononnya akaun mangsa akan dibekukan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Chan Teck Paing berkata, taktik terbaharu itu dikesan pihaknya kelmarin.
Katanya, sindiket itu menggunakan surat dengan lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendakwa mangsa terlibat dalam kes dadah dan menggelapkan wang RM2.3 juta serta meminta mangsa bekerjasama dengan pihak polis dalam masa dua jam.
“Dalam kandungan surat itu juga menunjukkan mangsa akan dikenakan waran tangkap untuk ditahan reman selama 45 hari selain akaun bank miliknya akan dibekukan dalam masa dua tahun enam bulan.












