SEREMBAN – Polis memburu lima lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes samun berkumpulan di stor penyimpanan barang kes dadah di Pejabat Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kampung Jijan di Nilai pada awal pagi Ahad lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, dua daripada suspek lelaki warga tempatan itu dikenali sebagai Tong Lip Seong dan Tung Seong Long masing-masing berusia 30 tahun.
Menurut beliau, pada Ahad lalu, pihaknya menahan lima suspek berusia 24 hingga 61 tahun di dua lokasi berasingan sebaik pihaknya menerima laporan polis daripada JKDM.
“Lima lagi suspek masih bebas dan sedang dikesan bagi membantu siasatan. Antara yang dicari ialah Tong Lip Seong dengan alamat terakhirnya di Lot 1493, Bukit Pelandok di Port Dickson manakala Tung Seong Long pula beralamat di No. 3A, Jalan Merpati di Port Dickson,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.











