United hargai bakat Rashford - Utusan Malaysia

United hargai bakat Rashford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford akan menyarung jersi nombor 10 musim ini selepas menggunakan nombor ikonik tersebut pada aksi pramusim terakhir sewaktu tewas 0-1 kepada Bayern Munich, Sabtu lalu.

Pengurus United, Jose Mourinho mendedahkan, bintang skuad antarabangsa England itu sebenarnya sudah lama meluahkan hasrat untuk menukar jersi nombor 19 kepada 10 sebelum ini.

“Rashford menghormati Wayne Rooney dan Zlatan Ibrahimovic tetapi memang dia mahukan jersi nombor 10. Selama ini dia dibayangi oleh dua pemain ini dan terpaksa menanti peluang yang ada apabila jersi nombor 10 dikosongkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia sesuatu yang cukup bermakna buat Rashford. Apa salahnya kami memberikan peluang kepada dia untuk menyarung jersi nombor 10 selepas ini,” katanya.

Sebelum Rashford, nombor 10 merupakan ‘aset’ Zlatan sebelum ia dikosongkan selepas bekas penyerang Sweden itu menamatkan kontraknya untuk menyertai Los Angeles Galaxy di Amerika Syarikat pada Mac lalu.

Legenda United, Rooney merupakan pemain terakhir menyarung jersi nombor 10 selama 11 tahun sebelum ia diberikan kepada Zlatan.

Antara penyerang The Red Devils yang pernah menggunakan jersi nombor 10 ialah Ruud van Nistelrooy, Teddy She­ringham dan Mark Hughes. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini