KUALA LUMPUR 7 Ogos – Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) memperkenalkan warna dan grafik terbaharu bagi model RS150R.
Boon Siew Honda dalam satu kenyataan memaklumkan, warna-warna menarik itu didatangkan dengan jalur sporty dan pelekat reka bentuk baharu selain digabungkan dengan enjin jimat bahan api.
Menurut kenyataan itu, terdapat empat warna ditawarkan kepada pembeli iaitu Hitam Mutiara Magellanic, Biru Mutiara Nightfall, Merah Candy dan Edisi Repsol.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dilancarkan pada 2016, RS150R adalah antara model yang mencatat jualan terbaik buat Boon Siew Honda.
Harga yang ditawarkan bagi warna standard (hitam, biru dan merah) adalah RM7,999 manakala Edisi Repsol RM8,299. – UTUSAN ONLINE











