SEBERAG PERAI – Polis merampas sejumlah syabu bernilai kira-kira RM7,995 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Pokok Sena, Kepala Batas di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki disyaki penagih dadah berusia 31 tahun dalam serbuan kira-kira pukul 7 petang itu.
Menurutnya, pihak polis merampas sebanyak 61 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 53.3 gram.
Memuatkan artikel berkaitan…
Noorzainy berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE










