KUALA LUMPUR – Pelancaran rasmi telefon pintar terbaru, Honor Play di bawah naungan Kumpulan Huawei telah berlangsung dengan jayanya di Blue Concourse, Sunway Pyramid di sini, hari ini.
Ketua Honor Malaysia, Zhao Zhi Wei berkata, Honor Play direka khusus untuk memenuhi setiap keperluan pemain mudah alih dengan kasual yang menawan, serta memberi prestasi yang optimum.
“Honor Play dikuasakan dengan sistem pemprosesan yang tinggi iaitu GPU Turbo dan Kirin 970 yang sama taraf dengan peranti-peranti sebelum ini seperti Honor 10 dan Honor View 10.
“Penggunaan teknologi audio 3D juga mampu memberi bunyi yang jelas walaupun pada takat suara yang rendah.
“Telefon ini jimat bateri kerana dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,750 mAh, tidak akan mengalami sebarang “lag” atau sangkut serta tidak mudah panas walaupun menggunakannya dengan tempoh yang panjang,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran.
Honor Play meliputi dengan paparan skrin 6.3 inci dengan nisbah paparan pada 19:5:9 dan memori telefon dapat ditambah sehingga 6GB RAM serta ruang storan 64GB yang boleh dipertingkatkan menggunakan kad mikroSD.
Honor Play ini juga boleh didapati dengan dua jenis warna iaitu Ultra violet dan Navy Blue.
Sekiranya berminat untuk membeli, orang ramai boleh dapatkan di pasaran bermula 10 Ogos pada harga hanya RM1249 satu unit. – UTUSAN ONLINE










