Runding semula LRT3 sebagai kontrak tetap - Utusan Malaysia

Runding semula LRT3 sebagai kontrak tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memutuskan supaya projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dirunding semula sebagai kontrak tetap.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tindakan syarikat milik kerajaan itu bertujuan memastikan kos pembinaan LRT3 terikat pada harga yang ditetapkan dan fi sebanyak enam peratus daripada jumlah kontrak kerja yang ditawarkan kepada rakan pelaksana projek (PDP) tidak wujud.

Jelas beliau, tindakan itu disifatkan sebagai jalan tengah bagi mewujudkan situasi menang-menang dalam kalangan pelbagai pihak yang terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh kerana kos pampasan dan bayaran adalah amat tinggi, maka tender ini tidak dicadang untuk ditender semula,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan merancang untuk membuka semula tender projek LRT3 dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×