Penempatan khas kepada rakyat negara ini yang terkandas di Lombok - Utusan Malaysia

Penempatan khas kepada rakyat negara ini yang terkandas di Lombok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Kerajaan Malaysia menyediakan kemudahan penempatan khas kepada 161 rakyat negara ini yang terkandas akibat gempa bumi kuat di Lombok, Indonesia pada Ahad lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, penempatan itu disediakan untuk memastikan rakyat Malaysia terlibat berada dalam keadaan selamat sebelum dibawa pulang secepat mungkin. 

“Penempatan itu juga disediakan  bagi melicinkan kerja-kerja membawa pulang mereka secepat mungkin,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda di sini hari ini.

Turut hadir Tunku Temenggong Kedah,Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim.

Kosmo! hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 98 orang terbunuh manakala beribu-ribu bangunan ranap selepas Pulau Lombok sekali lagi dilanda gempa bumi kuat malam kelmarin.

Gempa bumi bermagnitud 6.9 pada skala Richter itu berlaku kira-kira seminggu selepas satu lagi gegaran kuat melanda pulau berkenaan yang mengakibatkan 17 orang terkorban.

Wan Azizah berkata, kerajaan Malaysia ketika ini sedang menunggu permohonan daripada kerajaan Indonesia bagi tujuan menghulurkan bantuan kepada negara itu.

“Memang ada tawaran yang kita bagi tapi mereka belum lagi buat permohonan untuk kita ke sana bagi menghulurkan bantuan yang perlu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan Malaysia juga mengucapkan takziah kepada mangsa yang terbunuh dalam kejadian gempa bumi tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×