KLANG – Pasukan petugas khas dari Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Tinggi akan melakukan pemeriksaan selama sejam ke atas kapal mewah Equanimity yang selamat berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang pada pukul 1 petang sebentar tadi.
Kesemua ahli pasukan itu kini dipercayai sedang menunggu arahan sebelum memasuki kapal yang dikaitkan dengan kes syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Pemeriksaan terhadap kapal bernilai RM1 bilion itu difahamkan bagi melihat sendiri keadaan dan struktur kapal tersebut termasuk di bahagian dalamannya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kosmo! Online difahamkan pegawai dari Jabatan Imigresen dan Kastam juga akan melakukan pemeriksaan termasuk dokumen berkaitan kapal itu. – K! ONLINE











