Lembu cemar imej Rantau Panjang - Utusan Malaysia

Lembu cemar imej Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 6 Ogos – Kehadiran puluhan lembu yang ‘tidak bertuan’ bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah menjejaskan reputasi bandar ini sebagai salah satu lokasi membeli belah bebas cukai yang terkenal di negara ini.

Presiden Pertubuhan Infra Rakyat Rantau Panjang, Mohd. Nashran Nasuha berkata, masalah itu semakin rumit apabila bi­la­ngan haiwan tersebut semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, kehadiran haiwan tersebut juga mengganggu lalu lintas serta mencemarkan kawasan tersebut kerana najisnya berada di merata tempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap pihak Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) mengambil serius perkara ini kerana melibatkan soal maruah negeri.

“Lagipun, Rantau Panjang merupakan salah satu pintu masuk utama ke negara ini dari Thailand, secara tidak langsung ia membawa imej Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati masalah lembu di Rantau Panjang seolah-olah sudah menjadi ‘barah’ kerana sikap pemilik yang melepaskan haiwan tersebut tanpa memikirkan keselesaan orang ramai di kawasan sekitar.

Mohd. Nashran membe­ritahu, sebagai penduduk Rantau Panjang, beliau berharap pihak MPDM mengambil tindakan segera menangkap haiwan tersebut dan mengenakan kompaun yang tinggi terhadap pemiliknya.

Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada mereka supaya tidak melepaskan haiwan peliharaan mereka sesuka hati.

“Saya juga ingin menegur pemilik lembu-lembu ini supaya tidak melepaskan haiwan mereka itu sesuka hati,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×