Rakyat diutamakan - Utusan Malaysia

Rakyat diutamakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 6 Ogos – Pembangunan fizikal dae­rah-daerah di negeri ini yang dirancang melalui Draf Rancangan Tempatan perlu dicorak seiring dengan dasar kerajaan negeri berasaskan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak berkata, setiap apa yang dirangka dalam perancangan jangka panjang itu harus mengambil kira keutamaan, kesesuaian dan kesan limpahan manfaat kepada rakyat dan negeri.

Sehubungan itu katanya, Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu berperanan dalam soal sebut dengan mengetahui pendekatan yang diambil dan turut memberikan cadangan-cadangan pembangunan di kawasan mereka agar dapat dimajukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Draf Rancangan Tempatan akan menentukan keberhasilan sebuah daerah untuk hidup berdaya huni (tinggal), dan berdaya saing dalam kemajuan mengikut konteks Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Perundingan Bersama Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus 2035, di sini semalam.

Katanya, adalah sangat penting bagi semua yang dilantik sebagai Ahli Majlis PBT mendengar taklimat dan memahami draf yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum sebagai panduan kepada pembangunan fizikal.

Menurut beliau, bandar raya Kuala Terengganu sebagai pusat pentadbiran dan ibu negeri perlu dirancang pembangunannya secara sistematik seiring dengan arus pembangunan agar dapat menyediakan lebih banyak ruang percambahan ekonomi.

Di samping itu juga, ruang-ruang untuk PBT itu memperoleh lebih banyak hasil perlu diteliti agar mampu berdikari dalam menggerakkan operasi dan penyediaan lebih banyak prasarana bagi keselesaan penghuni dalam kawasannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×