SEOUL 6 Ogos – Media tempatan Korea Utara menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk menarik balik sekatan ke atas negara itu.
PETIKAN muka hadapan akhbar Rodong Sinmun ketika pemimpin Korea Utara bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Singapura pada Jun lalu. – Agensi
Menurut akhbar rasmi Parti Pekerja Korea Utara, Rodong Sinmun, Pyongyang telah menunjukkan sikap yang baik kepada AS dengan menamatkan ujian senjata nuklear dan memulangkan semua mayat tentera AS yang terkorban ketika Perang Korea 1950-1953.
Memuatkan artikel berkaitan…
Akhbar berkenaan mendakwa AS bertindak sebaliknya berhubung rancangannya untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.
“Bagaimana sekatan itu yang dilakukan oleh pentadbiran AS yang disifatkan sebagai polisi untuk bermusuh terhadap kami, akan mempromosikan hubungan baik kedua-dua negara?” kata akhbar terbabit. – REUTERS











