Usaha Tegas Heritage tawar RM8,000 kepada artis muda tonjol bakat - Utusan Malaysia

Usaha Tegas Heritage tawar RM8,000 kepada artis muda tonjol bakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penuntut institusi pengajian tinggi tempatan dipelawa menyertai pertandingan seni lukis Usaha Tegas Heritage sekali gus merebut peluang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM8,000.

Pertandingan anjuran Usaha Tegas Sdn. Bhd. (UTSB) itu terbahagi kepada liga kategori iaitu minyak atau akrilik; warna air; arang, pensil, dakwat atau pastel minyak; cetakan serta media campuran.

Pengarah UTSB, Maureen Toh berkata, pertandingan yang kini masuk tahun ke-19 penganjurannya itu menjadikan budaya dan warisan sebagai tema utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Budaya dan warisan adalah aspek sosial yang menyatukan kita, oleh itu UTSB komited untuk meneruskan pertandingan seni warisan yang kini menandakan anjuran yang ke-19.

“Pertandingan ini memberi peluang kepada golongan muda untuk menunjukkan bakat seni mereka melalui seni budaya warisan Malaysia dan ini memastikan sejarah kita dapat disampaikan kepada generasi yang akan datang,” katanya.

Tambah Maureen, pertandingan tersebut menjadi landasan permulaan bagi para pelajar seni untuk memulakan kerjaya serta mengembangkan bakat mereka dalam bidang berkenaan.

Peserta-perserta yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan melalui institusi pengajian tinggi masing-masing dan perlu menghantar karya mereka sebelum atau pada 30 Ogos 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×