[VIDEO] William sanggup beri laluan untuk Anwar bertanding di Parlimen Selayang - Utusan Malaysia

[VIDEO] William sanggup beri laluan untuk Anwar bertanding di Parlimen Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen sanggup memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diminta untuk melepaskan kerusi yang disandangnya itu.

Beliau berpandangan, Anwar yang dianggap menjadi mangsa politik berhak diberi peluang itu.

Walau bagaimanapun, William menafikan tahu tentang perkara itu serta mengesahkan tiada perbincangan lanjut berhubung kerusi Parlimen Selayang antara beliau dan Anwar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara ini tidak wujud dan tiada perbincangan antara saya dan Anwar. Saya juga tidak tahu bagaimana khabar angin ini tersebar, mungkin ini berita palsu.

“Kalau diminta saya rasa semua 51 ahli Parlimen (PKR) akan beri laluan. Malah, jika saya diminta, saya sanggup,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya kerusi Parlimen Selayang akan dilepaskan kepada Anwar.

Ironinya, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar mengesahkan tidak akan melepaskan kerusi Parlimen masing-masing untuk memberi laluan kepada Presiden PKR itu.

William menambah, kesediaannya memberi laluan kepada Anwar itu bukan bermakna beliau tidak menghormati undi yang diberikan rakyat memandangkan semua calon Pakatan Harapan bertanding di bawah lambang yang sama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×