Wan Azizah tidak akan lepaskan jawatan dalam Kabinet - Utusan Malaysia

Wan Azizah tidak akan lepaskan jawatan dalam Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kabinet serta sebagai Ahli Parlimen Pandan, bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya,  beliau akan mengekalkan semua jawatan yang digalasnya walaupun Anwar menang tanpa bertanding jawatan presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

“Memang tidak (lepaskan jawatan). InsyaAllah (akan kekalkan semua jawatan termasuk sebagai Ahli Parlimen Pandan), ” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, keputusan sama ada Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen akan ditentukan kemudian. 

Semalam,  Anwar secara tidak rasmi menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR selepas tiada individu lain menghantar borang pencalonan untuk mencabar beliau pada pemilihan PKR 2018. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini