10 penjenayah larikan dadah rampasan kastam - Utusan Malaysia

10 penjenayah larikan dadah rampasan kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 6 Ogos – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes dadah bernilai kira-kira RM30.4 juta yang disimpan di Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Jijan, Nilai di sini dilarikan penjenayah semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata, pihaknya telah menerima laporan kes itu dan Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.

“Polis telah menerima laporan mengenai kejadian itu. Ketua Polis Negeri Sembilan akan mengeluarkan kenyataan,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi semalam, 10 lelaki bertopeng menaiki dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta memasuki premis yang menempatkan dadah yang dirampas JKDM.

Suspek mengikat dua pengawal keselamatan sebelum melarikan 80 kotak dipercayai mengandungi dadah yang disimpan di dalam salah sebuah kontena. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×