Dollah kecewa Tok Gajah seri - Utusan Malaysia

Dollah kecewa Tok Gajah seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 5 Ogos – Pengendali Pahang, Dollah Salleh kecewa dengan ketumpulan jentera sera­ngan skuadnya yang gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol sekali gus menyaksikan Tok Gajah sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu pasukan Liga Perdana, Sabah dalam persaingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, di sini semalam.

Dollah berkata, segalanya tidak menjadi bagi anak buahnya di sebalik harapan tinggi yang di­letakkan iaitu untuk mencapai kemenangan pertama sebagai motivasi terhadap misi mereka untuk menjulang piala kedua musim ini.

“Pemain dilihat masih lagi tercari-cari rentak permainan dan paling ketara bahagian serangan tidak memberi impak besar menambah gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Komitmen semua pemain juga dilihat tidak berada pada tahap terbaik, mereka tidak turun membantu barisan pertahanan ketika Sabah melakukan serangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan pertama dalam Kumpulan D di Stadium Darul Makmur itu berakhir.

Austin Amutu menjaringkan gol untuk tuan rumah namun tidak cukup untuk mendapat pujian daripada Dollah yang berkata, penyerang dari Nigeria itu masih gagal memperkasakan jentera serangan.

Sementara itu, pengendali Sabah, Jelius Ating berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang berjaya mengikat Tok Gajah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini