11 remaja dicekup rogol pelajar tingkatan satu - Utusan Malaysia

11 remaja dicekup rogol pelajar tingkatan satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 5 Ogos – Seramai 11 remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun dicekup polis dipercayai kerana merogol seorang pelajar tingkatan satu di Ayer Hitam, di sini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kesemua mereka yang masih bersekolah ditahan secara berasingan sejak Rabu hingga hari ini bagi membantu siasatan.

“Polis melakukan Op Remaja bagi menangkap kesemua suspek, empat daripada mereka dicekup di sekolah manakala selebihnya di rumah masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada Selasa lalu, polis menerima maklumat daripada pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini memaklumkan terdapat seorang pesakit perempuan berumur 13 tahun yang disyaki dirogol,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Abdul Wahib berkata, mangsa yang tinggal bersama-sama datuknya turut mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lebih 10 rakan lelakinya sejak hujung tahun lalu termasuk secara bergilir-gilir.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun jika sabit kesalahan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×