Abe Jali terima kaki palsu - Utusan Malaysia

Abe Jali terima kaki palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 6 Ogos – Badan Perhubungan UMNO negeri di sini menghulurkan sumbangan kaki palsu kepada penggiat seni terkenal di negeri ini, Mohd. Idris Berahim, 58 atau lebih dikenali sebagai ‘Abe Jali Salam Pantai Timur’.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban yang terpaksa ditanggung beliau akibat menghidap penyakit kencing manis.

“Hari ini kita menziarah Abe Jali yang menghidap penyakit kencing manis sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Oleh itu, kita hulurkan sumbangan kaki palsu supaya dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggungnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital atas kerjasama yang diberikan dan mendoakan beliau cepat sembuh dan kembali cergas dengan aktiviti seni yang dilakukan selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarah pesakit di Wad Cempaka, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Timbalan Pengarah Perubatan HRPZ, Dr. Mohd. Azman Yacob.

Abe Jali sebelum ini pernah muncul dalam sitkom bersiri Salam Pantai Timur di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain aktif dalam bidang pengacaraan dan pelawak di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×