Kemudahan gelanggang futsal di Taman Lagenda Suria - Utusan Malaysia

Kemudahan gelanggang futsal di Taman Lagenda Suria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 5 Ogos – Kira-kira 300 penduduk setempat dan kawasan sekitar kini dapat melakukan aktiviti riadah dan program kemasyarakatan menerusi pembukaan gelanggang futsal baharu di Taman Lagenda Suria di sini.

Pengerusi Gabungan Anak Muda Dusun Tua (GAMD), Affzanizam Ahmad berkata, pembinaan gelanggang itu adalah melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berjumlah RM950,000 itu termasuk beberapa kemudahan sukan di Hulu Langat.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM170,000 diperuntukan untuk pembinaan gelanggang futsal yang siap sepenuhnya awal bulan ini dan sedia untuk diserahkan kegunaannya kepada penduduk setempat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Lagenda Suria, Soib Samdin berkata, kemudahan itu amat dinantikan penduduk terutama dalam kalangan belia dalam kawasan taman perumahan yang sebelum ini terpaksa menyewa jauh gelanggang futsal ke Kajang.

“Beberapa program dan aktiviti kemasyarakatan juga akan direncanakan melalui Biro Sukan dan Riadah persatuan bagi memastikan kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Majlis penyerahan gelanggang futsal tersebut disempurnakan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Halman Salleh yang turut dihadiri Penasihat GAMD, Abdul Jalil Mohd. Nazir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×