Lelaki Bangladesh direman cuba rasuah penguat kuasa KPDNHEP - Utusan Malaysia

Lelaki Bangladesh direman cuba rasuah penguat kuasa KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASAH 5 Ogos – Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini kerana cuba memberi rasuah kepada seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.

Suspek berusia 48 tahun itu didakwa menawarkan wang tunai RM3,500 supaya isterinya yang merupakan warga tempatan tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai lesen menjual barang kawalan.

Dia yang bekerja sebagai pembantu di kedai runcit milik isterinya di College Height Garden Resort, Pajam dekat sini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17B Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan selepas anggota penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan ke atas barang kawalan iaitu minyak masak, tepung dan tong gas yang dijual di kedai terbabit.

Perintah reman itu dikeluarkan hari ini oleh Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Nur Hayatie Mohd. Saini.

Permohonan bagi mendapatkan perintah tahanan reman dibuat oleh Pegawai Penyiasat SPRM, Mohamad Faisal Othman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×