Pemilihan PKR: Calon mula hantar borang pencalonan - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: Calon mula hantar borang pencalonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Proses penghantaran borang pencalonan bagi pertandingan merebut jawatan tertinggi PKR telah bermula pada pukul 10 pagi tadi di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, dekat sini.

Setakat ini beberapa calon utama yang dilihat telah menghantar borang pencalonan mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir.

Kedua-dua mereka bakal merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan bagi Pemilihan PKR kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beberapa nama besar seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengumumkan bertanding jawatan Presiden PKR serta Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diramal turut bertanding jawatan nombor satu itu dijangka tiba pada pukul 2 petang nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×