Samseng Johor dicekup di Thailand - Utusan Malaysia

Samseng Johor dicekup di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Setelah di­buru selama lebih lima bulan, lelaki yang dipercayai mendalangi pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Johor Bahru pada Di­sember lepas akhirnya ditangkap di Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek yang dipercayai samseng dari Johor berusia 40 tahun dan mempunyai tatu besar di lengan kanan, ditangkap sekumpulan pegawai polis Thailand di wilayah Chaiyaphum, kira-kira 260 kilometer di timur laut Bangkok pada pukul 7 pagi semalam.

“Lelaki itu merupakan suspek paling dikehendaki dalam kes pembunuhan (di sebuah stesen minyak di Johor Bahru). Dia dipercayai menjadi dalangnya,” kata Penolong Pegawai Perhubungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Thailand, Superintendan Ridzuan Abdul Aziz di sini semalam.

Penangkapan suspek oleh polis Thailand adalah berikutan permohonan bantuan oleh rakan sejawatan di Malaysia beberapa bulan lepas. Dengan penahanan tersebut, polis Thailand menamatkan operasi memburu secara besar-besaran ke atas suspek ber­kenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini