Pembatalan projek HSR ambil kira semua aspek - TPM - Utusan Malaysia

Pembatalan projek HSR ambil kira semua aspek – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dibuat selepas mengambil kira semua aspek, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai alasan untuk membuat keputusan sedemikian. 

“Saya fikir, beliau mengambil kira banyak perkara, sama ada kita mampu atau tidak, sama ada kos efektif atau tidak.

“Biasanya, HSR bukan mode pengangkutan pilihan kerana kita ada pengangkutan lain seperti penerbangan domestik dan tambang murah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Rakyat di Kompleks Sukan Pantai Eco Park di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Malaysia akan membatalkan projek berkenaan dan mungkin perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta kepada Singapura. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini