Suspek bunuh akan dibawa pulang ke negara ini secepat mungkin - Utusan Malaysia

Suspek bunuh akan dibawa pulang ke negara ini secepat mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penangkapan seorang lelaki yang dipercayai mendalangi pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Johor Bahru pada Disember tahun lalu.

Difahamkan, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan polis di wilayah Chaiyaphum, Thailand kira-kira 260 kilometer di timur laut Bangkok pada pukul 7 pagi semalam.

Katanya, pihaknya akan menghantar sekumpulan anggota polis untuk membawa suspek pulang secepat mungkin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengesahkan penangkapan suspek berkenaan dan kita akan menghantar beberapa pegawai serta anggota polis bagi membawa pulang suspek ke negara ini.

“Di samping itu, kita akan memberi kerjasama penuh dengan polis Thailand berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! selepas Majlis Berbuka Puasa bersama warga PDRM di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN