Lebih 100 pengedar dadah dibunuh di Bangladesh - Utusan Malaysia

Lebih 100 pengedar dadah dibunuh di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 29 Mei – Lebih 100 pengedar dadah dibunuh dan beribu-ribu lagi ditahan di negara ini sejak dua minggu lalu dalam serbuan dadah ala Filipina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut polis, seramai 10 lagi penyeludup dadah mati ditembak awal pagi ini, sebahagian daripada mereka terbunuh semasa kejadian berbalas-balas tembakan dengan pihak polis manakala yang lain dalam pergaduhan antara kumpulan pengedar dadah.

Kira-kira 102 individu yang disyaki pengedar dadah telah dibunuh sejak Bangladesh melancarkan perang dadah bermula 15 Mei ini bertujuan mengekang pengedaran dadah dikenali yaba, pil murah kombinasi methamphetamin dan kafein.

Menteri Dalam Negara, Asaduzzaman Khan berkata, perang itu akan diteruskan sehingga kerajaan berjaya mengawal sepenuhnya pengedaran tersebut.

Kira-kira 12,000 pengedar dadah telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah khas sejak serbuan bermula, kebanyakan mereka telah dijatuhkan hukuman penjara antara tujuh hari sehingga enam bulan.

Beliau turut menegaskan, kesemua yang dibunuh disahkan pengedar dadah bukan individu yang tidak bersalah seperti yang didakwa oleh kumpulan hak asasi manusia. – AFP

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini