MPM gesa gubal Dasar Induk Negara - Utusan Malaysia

MPM gesa gubal Dasar Induk Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa kerajaan untuk menggubal Dasar Induk Negara yang merujuk kepada tiga teras utama iaitu wasiat raja-raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Memuatkan artikel berkaitan…
HASAN MAD
HASAN MAD

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, ini berikutan kebimbangan terhadap keterbukaan beberapa pihak yang sudah mula cuba untuk membuat tuntutan yang terarah kepada pembentukan reformasi institusi serta merombak atau membubarkan dasar sedia ada.

Lebih parah katanya, ada pihak yang mula memberanikan diri mempersoalkan dan menidakkan kewujudan dan peranan yang dimainkan oleh institusi raja-raja Melayu sebagai pemerintah di negara ini.

“Dengan adanya Dasar Induk Negara ini, segala perubahan atau penggubalan kepada mana-mana dasar, wajib terlebih dahulu merujuk kepada dasar ini. 

“Begitu juga dengan penyusunan, rombakan apatah lagi pembubaran mana-mana institusi, wajib konsisten dengan peruntukan dalam Dasar Induk Negara ini. Ini bermakna rombakan atau pembubaran mana-mana dasar atau institusi wajib terlebih dahulu peroleh perkenan dari Majlis Raja-Raja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini