Manfaatkan cuti umum Hari Wesak bersama keluarga - Utusan Malaysia

Manfaatkan cuti umum Hari Wesak bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Sempena cuti umum perayaan Hari Wesak yang berlangsung hari ini, sebahagian besar warga kota mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga dengan membeli-belah sebagai persiapan untuk perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Utusan Online di beberapa lokasi seperti di sekitar Jalan Chow Kit, Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati, ramai warga kota berpusu-pusu mengunjungi premis jualan yang popular bagi mendapatkan keperluan masing-masing.

Seorang penjawat awam, Mustakim Ramli berkata, dia sememangnya tidak sempat untuk membawa ahli keluarganya berbelanja pada hari biasa memandangkan sibuk dengan kerjaya sedia ada.

“Jadi cuti umum sebegini adalah peluang yang cukup baik bagi kami mengeratkan hubungan anak-beranak selain daripada cuti hujung minggu.

“Selain itu dengan berbelanja pada saat awal, sekurang-kurangnya tidaklah kami terpaksa sibuk pada penghujung Ramadan dan boleh lebih fokus untuk membuat perkara lain,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Adzrey Afifie berkata, cuti umum sebegini membolehkan dia dan isteri berjalan-jalan serta cuci mata terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli keperluan hari raya nanti.

“Tambahan pula dengar khabar, kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan menjadi sifar bermula 1 Jun nanti, mungkin itu antara peluang yang terbaik untuk kami mula membeli-belah.

“Lagi pun tidak salah untuk membuat perancangan terlebih dahulu sebelum berbelanja. Yang penting, cuti umum sebegini amat perlu dimanfaatkan lebih-lebih lagi dengan orang yang tersayang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini