Grab percuma kepada golongan kurang berkemampuan - Utusan Malaysia

Grab percuma kepada golongan kurang berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 29 Mei – Seorang pemandu Grab menawarkan perkhidmatan percuma untuk menghantar golongan kurang berkemampuan ibu tunggal, fakir, miskin serta orang kelainan upaya (OKU) di sekitar jajahan ini ke destinasi masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ezuan Abdul Hadi, 40, berkata, dia mengambil keputusan untuk berbuat demikian selepas tersentuh dengan kesusahan seorang warga emas yang terpaksa berpanas lebih dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan teksi, baru-baru ini.

Menurutnya, ketika itu dia sedang mengambil dua penumpang yang merupakan pelajar sekolah di Kampung Tal Tujoh.

“Tiba-tiba datang seorang warga emas dan bertanya adakah saya pemandu kereta plate (prebet sapu). Saya beritahu warga emas berkenaan ini perkhidmatan grab.

“Dia kemudian merayu kepada supaya menghantarnya pulang selepas lebih dua jam berpanas. Setelah mendapat persetujuan daripada dua pelajar itu, saya kemudian menghantar warga emas itu pulang ke rumahnya di Kampung Padang Embun, Tendong,” katanya.

Ezuan memberitahu, apa yang membuatkan dia tersentuh apabila mendapati warga emas tersebut hidup dalam keadaan daif.

Katanya, bertitik tolak dari situlah dia nekad untuk menggerakan perkhidmatan kereta percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan.

“Perkhidmatan ini bermula secara rasminya 1 Ramadan lalu. Alhamdulillah saya mendapat respon positif daripada golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Golongan yang kurang berkemampuan boleh menghubungi Ezuan di talian 016-5877788. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini