Jelajah Ramadan RTM bantu golongan susah - Utusan Malaysia

Jelajah Ramadan RTM bantu golongan susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 29 Mei – Program Jelajah Ramadan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilihat mampu mendekati golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin menerusi pelbagai bantuan yang diberikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Abdul Muis Picho berkata, kerajaan amat mengalu-alukan usaha RTM melaksanakan aktiviti kebajikan bagi membantu meringankan beban golongan tersebut terutama untuk membuat persiapan menjelang Aidilfitri.


“Selain membantu golongan yang memerlukan, program tersebut juga dapat mengeratkan silaturrahim diantara warga RTM dengan masyarakat khususnya di kawasan pedalaman.

“Program seumpama ini diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar mendapat maklumat yang tepat disamping dapat merasai suasana bulan Ramadan dengan meriah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jelajah Ramadan RTM Tawau di Kampung Serudung Laut di sini hari ini.

Dalam jelajah itu, konvoi RTM turut mengagihkan barang keperluan harian termasuk makanan selain menyediakan juadah berbuka puasa kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Sebanyak 18 buah kenderaan pacuan empat roda bersama 40 peserta menyertai konvoi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Rancangan RTM Tawau, Normah Tohing berkata, program tahunan itu adalah platform terbaik untuk merapatkan hubungan antara agensi penyiaran dengan rakyat melalui majlis buka puasa.

Katanya, program kali ini mendapat kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kolej Komuniti Tawau, Belia USIA Bahagian Tawau, Kelab 4×4 Ekstrim Tawau dan Malaysian Relief Agency (MRA).

“Jelajah Ramadan kali ini juga buat julung kalinya menjejaki golongan asnaf dan saudara baharu di Kampung Serudung Laut yang terletak kira-kira 150 kilometer dari pekan ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini