Batal projek HSR tidak jejas ekonomi Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Batal projek HSR tidak jejas ekonomi Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 29 Mei – Pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang turut melibatkan jajaran di Negeri Sembilan tidak akan menjejaskan potensi ekonomi negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, ini kerana terdapat banyak kaedah lain yang boleh dilakukan bagi menjana ekonomi negeri.

“Kedudukan negeri ini juga strategik untuk pembangunan kerana tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pelabuhan Klang serta kita mempunyai sistem jalan raya yang amat baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pasar Tani Ampangan di sini hari ini. 

Beliau mengulas keputusan kerajaan Pakatan Harapan semalam untuk membatalkan projek tersebut kerana tidak memberi manfaat serta melibatkan kos yang tinggi iaitu RM100 bilion.

Menurut Mohamad Rafie, projek mega itu sepatutnya dikaji secara teliti dari peringkat awal bagi memastikan pulangan kepada rakyat.

“Jika kosnya sudah menelan berbilion ringgit bagaimana pula bila nanti dengan harga operasinya seperti tiket dan yang lain-lain. Sudah tentu agak mahal dan ini akan membebankan rakyat,” katanya. 

Pembinaan projek HSR turut melibatkan jajaran di negeri ini dengan sebuah stesen sepatutnya dibina di Labu di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini