Warga Indonesia hilang di dasar sungai ditemukan - Utusan Malaysia

Warga Indonesia hilang di dasar sungai ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU 29 Mei – Seorang warga Indonesia yang hilang setelah disedut ke dalam lubang pembentung dasar sungai di Ladang Sebubu, Jalan Pesisir Bintulu/Miri ditemukan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Bomba Sarawak, mangsa tersebut ditemukan pekerja ladang dalam jarak 100 meter dari hujung pembetung berkenaan pada pukul 9 malam.

“Mangsa, Nor Alam, 26, kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan kenderaan ladang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Semalam, mangsa yang mandi bersama kawan tiba-tiba disedut ke dalam sungai berkenaan kira-kira pukul 2.40 petang.

Bagaimanapun, seorang rakannya dapat diselamatkan dan mangsa terus hilang disedut.

Usaha pencarian dijalankan namun agak sukar kerana dihalang lubang pembentung yang panjang ke dasar sungai dengan arus sangat deras.

Bantuan menggunakan jentolak digunakan untuk memecahkan pembentung namun masih gagal mengesan mangsa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini