Buat laporan palsu jumpa mayat bayi, sebenarnya anak sendiri - Utusan Malaysia

Buat laporan palsu jumpa mayat bayi, sebenarnya anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana membuat laporan palsu mengenai penemuan mayat bayi lelaki di kediamannya semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, remaja berkenaan membuat laporan pada 9 pagi semalam, kononnya menjumpai mayat bayi lelaki yang ditinggalkan di atas kerusi di belakang rumahnya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dekat sini pada hari yang sama.

“Remaja berkenaan mendakwa membawa balik mayat tersebut dan membersihkannya sebelum meletakkannya semula di tempat asal.

“Hasil soal siasat, remaja berkenaan kemudian mengaku membuat laporan palsu di mana dia sebenarnya melahirkan bayi tersebut bersendirian pada 12.05 tengah malam dalam tandas di rumahnya pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata remaja terbabit dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

“Tangkapan akan dibuat selepas remaja berkenaan keluar daripada wad,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini