Harga barang mesti turun Jumaat - Utusan Malaysia

Harga barang mesti turun Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang gagal menurunkan harga barang ekoran pelaksanaan sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHD. ROSLAN
MOHD. ROSLAN

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga yang masih mengekalkan enam peratus kepada pengguna.

Katanya, antara tindakan yang boleh dikenakan kepada peniaga adalah termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

“Bermula 1 Jun ini, GST akan dikenakan sifar peratus. Susulan itu, harapan daripada orang ramai adalah harga barang sepatutnya turun contoh jika sebelum ini barang tersebut dibeli pada harga RM100, selepas sifar GST, kami mahu lihat harga barang tersebut akan turun kepada RM94.

 

“Jadi, saya nak ingatkan kepada peniaga supaya patuh dan akur dengan arahan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini