Salah yakin mampu beraksi di Rusia - Utusan Malaysia

Salah yakin mampu beraksi di Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pemain tonggak Liverpool, Mohamed Salah menafikan khabar angin yang mendakwa dia terpaksa direhatkan selama tiga bulan kerana me­ngalami kecederaan serius di bahu semasa aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas pemain antarabangsa Mesir itu, dia yakin peluang untuk ke kancah Piala Dunia 2018 masih terbuka walaupun Pengerusi Badan Sukan Arab Saudi, Turki Al-Sheikh berpendapat Mesir akan terbang ke Rusia tanpa Salah.

“Ia adalah malam yang sukar buat saya tetapi saya tidak mudah patah semangat. Walaupun ramai yang menjangkakan saya tidak mampu sembuh dalam tempoh yang singkat tetapi saya yakin peluang ke Rusia masih terbuka.

“Saya mahu membuatkan Mesir bangga. Sokongan para peminat akan menambah kekuatan saya berjuang melawan kecederaan yang di alami sekarang,” kata Salah.

Sebagai rekod, pemain ber­usia 25 tahun itu mengalami kecederaan bahu ketika terjatuh selepas bersaing untuk mendapatkan bola bersama ketua pasukan Real, Sergio Ramos ketika Liverpool tewas 1-3 kelmarin.

Mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh FIFA, Mesir perlu menghantar senarai lengkap pemain sebelum 4 Jun ini.

Mesir diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Rusia, Arab Saudi dan Uruguay. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini