‘Siapa sahaja jadi Menteri Besar asalkan bukan saya, Azlan’ – Ismail Kassim - Utusan Malaysia

‘Siapa sahaja jadi Menteri Besar asalkan bukan saya, Azlan’ – Ismail Kassim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Ismail Kassim (gambar) akur dengan titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalul­lail dan merayu untuk tidak melantik dirinya atau Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang itu sebaliknya mencadangkan salah seorang daripada lapan lagi Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai Menteri Besar.

“Kita merayu Tuanku untuk memberi pertimbangan terakhir kepada kami semua, bukan Ismail Kassim bukan Azlan Man.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya cadang lapan daripada kawan saya, tak ada masalah nak pimpin negeri, walaupun orang baru tapi asalkan bukan saya dan Azlan Man,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Seri Pacific di sini malam tadi.

Katanya, perancangan melantik Menteri Besar dalam kala­ngan lapan ADUN yang lain demi memperbetulkan keadaan dan taat setia kepada Raja Perlis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini